Friday 4 November 2011

KL main Liga FAM/Liga Perdana musim 2012???



Satu lagi khabar angin yg agak mengejutkan yg tak sedap nak dikongsi.Mengikut satu sumber,ada ura2 skuad KL akan beraksi di Liga FAM ataupun Liga Perdana tahun depan disebabkan KL tidak mempunyai budget yg cukup utk main Liga Super.Ini bermakna,kalau betul perkara ini,maka pasukan anak emas FAM,Pahang akan menggantikan KL dlm Liga Super.Adakah patut disebabkan kekurangan budget,FAM sanggup campakkan skuad KL ke 'lembah kehinaan'?Tidak adakah jalan penyelesaian untk membantu skuad KL dr segi budget,sedangkan FAM mendapat penajaan RM30 JUTA dari pihak ASTRO???Adakah FAM cuba mengambil kesempatan dari masalah ini dengan menaikkan pasukan anak emas FAM,Pahang ke Liga Super?Undang2 mana yg FAM ikut ni,seksyen berapa?kurungan berapa?Macam ni ke badan induk bolasepak negara nak menyelesaikan masalah?Harap perkara ini tidak akan terjadi,dan buat pengurusan KLFA,ambik serius la perkara mcm ni.

Thursday 3 November 2011

Penjaring Gol Musim 2011.

Mohd Badrul Hisham Azmi = 9 gol.
Ahmad Hazwan Bakri = 8 gol
Yong Kuong Yong = 5 gol
See Kok Luen = 3 gol
Khairul Anuar Shafie = 2 gol.
Mohd Syafiq Johari,Mohd Shahrom Kalam,Mohd Afiq Azmi,Azwan Malek,Azmi Sarmin,Ahmad Azlan Zainal = 1 gol.

Wednesday 2 November 2011

Tuesday 1 November 2011

2 Penyerang Import Terbaik KL sepanjang zaman.

Fandi Ahmad dan K.Kannan....penyerang import terbaik yg pernah dimiliki KL.Masih ada harapke nak tengok pengganti diorang ni di masa akan datang?

Bakal berhijrah?


Khabar angin je ni....

Untuk persiapan musim 2012 insyaallah,sy mendapat sumber dalaman KLFA ttg persiapan untuk musim depan.Beberapa pemain tonggak pasukan dikhabarkan akan meninggalkan skuad untuk berhijrah ke pasukan lain setelah mendapat tawaran baik,namun itu bergantung pada senarai penuh pemain yg akan keluar awal bulan 12 nanti.Terdapat juga perubahan disegi jurulatih bahawa ada ura2 bekas jurulatih kelab POS Malaysia (sebelum Mat Zan tau) akan jadi head coach.Jurulatih musim lalu,Razip Ismail dikhabarkan masih ada manakala coach Tang Siew Sing kemungkinan menerajui skuad Presiden.Apa2 pun ini adalah info tidak rasmi,so sama2 lah kita tunggu dan lihat.

Monday 31 October 2011

Harapan Skuad KL Di Musim Depan.

Skuad Helang Kota,Skuad Warga Kota,Skuad Budak2 Kota...itulah antara beberapa nama 'manja' yg sering dilabelkan kepada skuad ini sejak ditubuhkan pada tahun 1974.Dulu dikenali sebagai Wilayah Persekutuan.Percapaian terbaik skuad KL seperti yg semua orang sedia maklum menjulang Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut2 pada tahun 1987,1988 dan 1989 serta juara berganda pada tahun 1988 adalah satu detik yg teramat indah buat semua warga kota ketika itu dan sekarang.Ucapan terima kasih buat bekas tuan presiden yg berkarisma,Tan Sri Elyas Omar yg memainkan peranan penting utk kemajuan bolasepak KL,dan sehingga sekarang masih belum menemui tokoh yg setaraf dgn beliau.Kini,ianya hanya satu sejarah yg tersurat dan masih menanti,menanti dan menanti bilakah sejarah baru akan tercipta?Tahun depan?Wallahualam.....Di musim 2011 ni,bg saya KL boleh dikatakan agak baik prestasinya walaupun kedudukkan liga agak buruk berbanding 2010 lalu.Di belenggu masalah kewangan yg sering mengganggu  skuad KL sejak sekian lamanya tidak membataskan perjuangan untuk terus kekal di kancah Liga Super.Untuk ini,sy tabik spring dan sanjung tinggi ke atas pemain2 yg bersikap profesional serta jurulatih yg telah menjalankan tugas dgn baik.Penglibatan beberapa pemain dalam skuad K.Rajagobal dan Ong Kim Swie jelas menunjukkan bahawa KL masih lagi mempunyai pemain2 yg berkaliber....Untuk musim 2012 nanti,adalah agak samar2 untuk sy katakan mungkin disebabkan kenyataan presiden KLFA,Datuk Astaman Aziz yg pernah memberi kenyataan di akhbar nasional(Berita Harian atau Harian Metro,sy tak pasti) bahawa KLFA mungkin pasukan negeri yg pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia akan menarik diri dari Liga M,sekiranya masalah kewangan tidak diselesaikan sebelum akhir tahun ini.Sebagai peminat/penyokong sejak tahun 1986 lagi,sy sgt sedih dgn kenyataan tersebut,tp sy percaya dgn kredibiliti pihak pengurusan boleh menyelesaikan masalah ini walaupun teruk di hentam oleh penyokong2 sendiri.Insyaallah,sy sendiri pun,dgn inisiatif terhadap pasukan tersayang,turut membuat sesuatu agar skuad KL terus terbang.Harapan sy agar KL masih ada lagi di musim depan,dan juga kalau boleh kekalkan pemain2 yg ada sekarang sebab mereka dah mula menunjukkan taring dan menarik minat pasukan luar.Sy rasa mungkin masalah gaji yg menjadi penghalang utk kebanyakkan pemain senior ini kekal,tp sy percaya dgn perancangan pihak pengurusan,kebijaksanna Datuk Astaman,sokongan Datuk Nong Chik dan kerjasama serta komitmen yg ditunjukkan oleh penyokong tegar dan ultras KL,segala kemusykilan akan di permudahkan....go KL go,fly KL HAWK fly.....