Thursday, 27 October 2011

MAJLIS PENYERAHAN KUTIPAN DERMA KILAT

Salam sejahtera,
Pada esok hari akan diadakan majlis penyerahan kutipan derma kilat dari pihak Kuala Lumpur Ultras (Kumpulan Peminat Bola Sepak KL) kepada pihak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur yang akan diwakili oleh Pengurus Pasukan En. Nokman bin Mustafa,
Derma kilat ini bertujuan dilakukan atas rasa prihatin dan tanggungjawab sosial kami sebagai peminat bola sepak Kuala Lumpur disebabkan pada tahun ini peruntukan kewangan untuk Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur amat terhad. Kepada saudara-saudara yang berminat boleh hadir sama untuk meramaikan majlis ini dan jika berminat membuat sumbangan di saat akhir, sangat dialu-alukan.
Jika pihak media berminat untuk membuat liputan berikut maklumat selanjutnya:
 

Tarikh: 27 Oktober 2011
Masa: 3.00PM
Lokasi: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0192459887 - Azrizal (Kuala Lumpur Ultras)


-post by Makio Heiya at Facebook

12 comments:

  1. ilek la der...kesilapan teknik kot

    ReplyDelete
  2. ok la tu.. cun ape logo ultras ada cni.. bru nmpk bersatu..okla platform ni.. nk tunggu klhawk.com sampai bila.. puiiii..

    ReplyDelete
  3. sapa admin? lawa beb header blog :))

    ReplyDelete
  4. tahniah usaha ultras kuala lumpur untuk membantu KLFA mencari dana,
    tapi mungkin ULTrA KL CITY boleh hantar KERTAS CADANGAN kepada KLFA mengenai isu "MENCARI PEMINAT SETIA dan MENJANA PENDATAN".mungkin bantuan daripada KELANTAN FA YANG boleh membantu MEMBENTANGKAN kertas KERJA MEREKA kepada SEMUA kelab F.c dan f.a Yang bertanding di liga MALAYSIA,pilih hari yang sesuai ADAkan sebuAH *SYMPOSIUM hala TUJU KELAB DAN FA negeri *,dan diadakan di KOTA BAHRU kelanta,TSAM anuar musa pula sebagai speaker,dan JEMPUT speaker luar dari jepun,INDONESIA, dan lain lain,PRESIDEN FAM dan ANAK dia x payah jemputlah bukan dia paham pun.

    ReplyDelete
  5. ‎Tan Sri Annuar Musa kami mencadangkan " 2011 TRW MODERN FOOTBALL MARKETING SYMPOSIUM"perlu diANJURKAN oleh KFA di kota bahru kelantan,DEMI menyelamatkan KELAB KELAB kancah bola sepak MALAYSIA, , yakin dengan kemampuan KFA untul menarik penaja seperti Happy.. Anda Jawab Kami Bayar! , 100PLUS Malaysia SportsPlanet Malaysia , Astro Arena Saluran 801, Sime Darby FC, Sime Darby,demi menjayakan forum pertama seumpama ini di KELANTAN, FORUM ini perlu menjemput tokoh pemasaran seperti Marketing Power,TOKOH pengiklanan,CEO KELAB bola sepak di sekitar ASIA+EROPAH jika mampu,jemput speaker speaker yang bertauliah untuk membentangkan ISU mengenai pemasaran bola sepak.kerana SABAN TAHUN isu KEWANGAN +penarikan kelab kelab dari bertanding LIGA Bolasepak Malaysia . Kelantan The Red Warriors [2011] , Bagaimana KFA dari kelab bolasepak yang pernah Menghadapi masalah kewangan Hingga menejadi kelab bolasepak diLIGA MALAYSIA yang tersohor,dan TSAM,perlu menjadi salah seorang speaker di forum ini,SEKIAN sila like page harimau malaya .com HMC.maaf jika mengganu pihak lain unutk cadangan ini.

    ReplyDelete
  6. KLUltras tak marah pun nak letak gambar kitorg but ape2 just inform dulu...taknak nanti tetiba klu ader benda yg bercanggah org salahkan KLU...atleast bgtau so senang kitorg nak menjawab nanti...PEACE YO!!!!

    HARIMAU LUKA AKAN BANGKIT : pihak KLUltras sudah mengusulkan cadangan awal bulan aritue...tp apa2 pun MANAGEMENT KLFA harus dirombak baru akan dtg idea2 dr kami utk membantu menaikkan team KL....

    ReplyDelete
  7. mohon maaf kpd KLU atas kesilapan yg tdk disengajakan. bercadang nak letak link & logo KLU di blog. perlu refer pd siapa?

    ReplyDelete
  8. satu cadangan yg baik dr harimau luka yg bangkit,i like....di pihak blog ni,kami akan fikirkan perkara ini..terima kasih

    ReplyDelete
  9. ini link https://www.facebook.com/groups/155546857862107/

    leh letak bro...untuk kebaikkan kita semua...PEACE....

    IvaN Kay

    ReplyDelete
  10. done! logo & link KLU dah letak d blog. klik kt logo trus link ke group KLU. ada apa2 cadangan sgt di alu alukan. in brotherhood we trust. terima kasih KLU :)

    ReplyDelete