Saturday 29 October 2011

MAJLIS PENYERAHAN DANA

Assalammualaikum para penyokong KL sekalian...

Tadi sudah selesailah majlis penyerahan dana kepada pihak KLFA... Jumlah kutipan yang telah berjaya kita kutip adalah sebanyak RM 171... Setiausaha Agung KLFA En. Nokman telah menerima sumbangan itu dengan berbesar hati, mereka hargai apa yang kita buat dan mereka harap kita akan terus bersama-sama berjuang untuk membangunkan martabat Bola Sepak KL...

Ingat apa yang telah kita buat ini bukti sayangnya kita kepada pasukan Bola Sepak kita... Medan kita bukan dipadang, namun semangat kita dari luar padanglah yang mendorong kepada kebangkitan mereka yang berjuang dipadang. SAMPAI MATI KUALA LUMPUR...

IN BROTHERHOOD WE TRUST
-post by Los Guerreroz at Facebook
 

Kuala Lumpur FA Wikipedia

The Kuala Lumpur Football Association is a Malaysian professional football association based in Cheras, Kuala Lumpur. The association was founded as the Federal Territory Football Association in 1974 and entered Malaysian football competitions in 1979 before being renamed Kuala Lumpur in 1986. The team currently plays in the Malaysian Super League.
Kuala Lumpur were one of the most successful Malaysian teams in the late 1980s after being crowned the league champions twice in 1986 and 1988. They also won the Malaysia Cup for three consecutive years in 1987, 1988 and 1989. The team enjoyed considerable success in cup competitions in the 1990s, winning the Malaysian FA Cup in 1993, 1994 and 1999. Kuala Lumpur won the Malaysian Charity Shield, also known as the Sultan Haji Ahmad Shah Cup on three occasions, in 1988, 1995 and 2000.

Friday 28 October 2011

Tahniah kepada bekas pemain yg beraksi sabtu ni (29 Nov).

Terbit rasa bangga kepada bekas pemain Kuala Lumpur yg kini bersama Terengganu,Abd Hadi Yahya dan Reeshafiq Alwi yg akan berjuang mlm sabtu ini dalam saingan final Piala Malaysia bertemu N.Sembilan.Kami doakan semoga kemenangan bakal dicipta dan selamat maju jaya.

Thursday 27 October 2011

MAJLIS PENYERAHAN KUTIPAN DERMA KILAT

Salam sejahtera,
Pada esok hari akan diadakan majlis penyerahan kutipan derma kilat dari pihak Kuala Lumpur Ultras (Kumpulan Peminat Bola Sepak KL) kepada pihak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur yang akan diwakili oleh Pengurus Pasukan En. Nokman bin Mustafa,
Derma kilat ini bertujuan dilakukan atas rasa prihatin dan tanggungjawab sosial kami sebagai peminat bola sepak Kuala Lumpur disebabkan pada tahun ini peruntukan kewangan untuk Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur amat terhad. Kepada saudara-saudara yang berminat boleh hadir sama untuk meramaikan majlis ini dan jika berminat membuat sumbangan di saat akhir, sangat dialu-alukan.
Jika pihak media berminat untuk membuat liputan berikut maklumat selanjutnya:
 

Tarikh: 27 Oktober 2011
Masa: 3.00PM
Lokasi: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0192459887 - Azrizal (Kuala Lumpur Ultras)


-post by Makio Heiya at Facebook

Wednesday 26 October 2011

Platform baru untuk pengikut setia bolasepak Kuala Lumpur

Platform baru untuk pengikut setia pasukan bolasepak Kuala Lumpur. Halaman ini bertujuan untuk memberi dan berkongsi info serta artikel terbaru di akhbar, laman web sosial dan sebagainya mengenai pasukan bolasepak KL di masa yang sama mengumpul semua penyokong setia KL untuk berkongsi pendapat, idea dan menyatakan sokongan mereka untuk pasukan. Tidak perlu membuat akaun untuk berkongsi pendapat, idea dan komen. Boleh berbuat demikan secara terus sebagai anonymous. Halaman ini juga bertujuan untuk membangunkan pasukan bolasepak KL.