Thursday 8 December 2011

Skuad Liga Super Kuala Lumpur 2012:

Senarai pemain yang akan membawa cabaran Skuad Helang dalam Liga Super 2012:

Penjaga Gol:
- Mohd Zahid Ahmad.
- Rozaimie Rohim (bebas).
- Amirul Abu Seman (dari skuad Johor).

Pertahanan:
- Ahmad Dashila Tajuddin.
- Ahmad Jihad Ismail.
- Arman Fareez Mohd Ali.
- Raimi Hassan (import dari Nigeria).
- Hishamuddin Othman (dari skuad Johor).
- Aslam Najumudeen (dari skuad PKNS).
- Aiman Syazwan Abdullah (dari skuad Harimau Muda B).
- Azrul Ahmad (dari skuad Felda United).

Tengah:
- Mohd Shafiq Johari.
- Khairul Anuar Shafie.
- Zameer Zainun (dari skuad PKNS).
- Hakim Adzhar (bebas).
- Hazwan Rahman (dari skuad KL Presiden)
- S.Sivaraj (dari skuad KL Presiden).

Penyerang:
- Badrulhisyam Azmi.
- Mohd Afiq Azmi.
- Ahmad Hazwan Bakri ***dipinjamkan ke skuad Harimau Muda A.
- Stanley Bernard Samuel (dari skuad Sabah).
- Fazuan Abdullah (dari skuad Polis).
- Khairul Anuar Jamil (dari skuad Felda United).

Ketua Jurulatih: Razip Ismail.
Penolong Jurulatih: Tang Siew Sing.

*** Ada beberapa pemain lagi yg akan ditentukan kemudian iaitu pemain tengah Pritam Singh (dari skuad CIMB Bank),Jacob Anderson (import dari Ghana) dan Mehdi Tagawa (import dari Tunisia).

Tuesday 6 December 2011

Stanley Bernard Samuel...harapan dibarisan depan skuad Helang.

Stanley Bernard Stephen Samuel....nama yg begitu asing bagi peminat bolasepak Malaysia dan Kuala Lumpur,amnya,tetapi beliau bagi pandangan sy adalah seorang penyerang yg rajin dan berkualiti ketika di atas padang.Rasanya beliau adalah pemain Malaysia pertama yg bermain di Liga India bersama kelab Sporting Club De Goa,pada hujung tahun 2009.Walaupun Liga India tidak la sehebat EPL,namun ia sudah mencukupi untuk tahap seperti pemain Malaysia menimba pengalaman di pentas antarabangsa.Dikhabarkan,penghijrahan Stanley ke kelab di India adalah hasil usaha beliau sendiri yg pergi kesana untuk proses 'trial' dengan duit poket sendiri serta keyakinan yg tinggi untuk bermain disana tanpa pertolongan dari persatuan negeri mahu pun FAM!Syabas Stanley....anak jati Malaysia yg sentiasa ingin bermain dipentas antarabangsa.Beliau juga 'hampir' menjadi milik kelab Liga Indonesia,Persibo Bojonegoro,namun disebabkan tekanan dari penyokong kelab tersebut yg tak mahu Stanley berada dibumi Indonesia hanya kerana beliau anak jati Malaysia.Brengset Indon!!!
Stanley Bernard Stephen Samuel...namanya sentiasa diingatan saya setiap kali bermulanya musim baru dan sy pernah ber'sms' dengan pengurus Kuala Lumpur,supaya cepat sambar beliau,dan akhirnya tercapai jua apabila kelihatan kelibat beliau yg mengikuti latihan pra musim skuad Helang baru2 ni.Setiap kali beliau beraksi,dia mengingatkan saya kepada seorang lagi penyerang 'lagenda' KL,T.Gopinath Naidu.Ada persamaan permainan diaorang.Beliau mula mewakili skuad Helang pada tahun 2004 selama 5 tahun sehingga 2008.Pada tahun tersebut,beliau merupakan penjaring terbanyak dengan 5 gol didalam Piala Malaysia,namun sayang,skuad Helang tak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir.Pada tahun 2009,beliau mewakili UPB/My Team,seterusnya terbang ke India pada 2010,dan kembali ke Sabah pada tahun 2011.Mewakili skuad bawah 23 tahun Malaysia pada tahun 2009.
Harapan saya agar tersenarainya penyerang Stanley Bernard Stephen Samuel ke skuad Helang,memberi nafas baru untuk terus bersaing di Liga Super 2012.Serba sedikit memberi kelegaan setelah KL kehilangan ramai pemain tonggak utama yg berhijrah ke pasukan lain.Gandingan Stanley Bernard bersama seorang lagi penyerang senior KL,Badrulhisyam Azmi akan memberi impak yg maksimum dengan dibantu pemain import 'yg boleh tahan jugak' dari Cameroon,Anderson Jacob (jika terpilih).Insyaallah,KL akan bangkit dan memberi saingan sengit dan tak mustahil jika ada rezeki serta komitmen yg tinggi dari pemain,jurulatih serta pihak pengurusan,era emas 87,88 dan 89 akan kembali....go KL go...kamon Kolumpo kamon.

Monday 5 December 2011

Persahabatan Pra-Musim...Tewas lagi....

 Perlawanan persahabatan sebelum sepak mula.KL 0 Joga Limpo 0.
 Sessi pemanas badan oleh pemain2 yg belum 'confirm' lagi.
 Antara barisan awal skuad KL yg diturunkan oleh coach Razip Ismail,.3 pemain import turut bermain iaitu Anderson Jacob(Cemeroon),Hassan Raimi(Nigeria) dan Robert Eshun(bekas pemain import Sarawak).Turut bermain,bekas penyerang KL,Stanley Bernard.
 Perlawanan sedang rancak berjalan,namun sayang dengan kualiti padang yg masih belum pulih dari 'kecederaan' yg kronik.Seperti biasa,KL mengalami masalah penyudah yg tumpul,barisan tengah yg kurang efektif serta pertahanan yg kucar kacir.Turut mengecewakan,2 penjaga gol yg turun mlm tu.
Keputusan penuh selepas perlawanan.