Wednesday 11 January 2012

Permulaan yang hambar! KL 0 Sarawak 2

Skuad Helang memulakan langkah sumbang apabila tewas 0-2 di tangan skuad 'buaya' untuk perlawanan pertama Liga Super 2012.Kekalahan memang sudah di jangka oleh sy sebelum perlawanan lagi tak kiralah berapa jaringan sekalipun.Dibarisi pemain-pemain yang 'biasa-biasa' je,serta dibantu beberapa kerat pemain senior yang 'sedang-sedang' je,memang wajarlah skuad helang dibaham sang buaya.Dibarisan pertahanan,apa yang boleh dilihat,bagi pendapat sy,memang merupakan 'part' yang paling kronik.Hanya Ahmad Dashila Tajuddin,bagi sy merupakan pemain yang boleh diharapkan,namun agak 'stress' jugak dengan penampilan 3 lagi pemain dibarisan yg sama iaitu kapten,Aslam Najumudeen yg masih tercari-cari rentak,begitu juga dengan bekas pemain Harimau Muda B,Aiman Syazwan Abdullah yg 'ntah apa2 ntah'.Manakala penampilan Arman Fareez Ali juga kurang mantap,mungkin lambat panas kot.Diposisi keeper,jangan cakap laa..faktor pengalaman yang cetek membataskan penampilan Rozaimie Rohim.Kalau bertemu Kelantan ke,Selangor ke dah tentu minimum 5 gol kena bolos.Sy agak pelik jugak tindakan jurulatih,Razip Ismail yang tidak menurunkan penjaga gol senior,Zahid Ahmad disaat KL perlukan seri sudah memadai,tapi apa apa pun itu hak dia untuk menurunkan siapa yang layak untuk main kan.Di posisi tengah,tidak ada apa yang hendak diperkatakan lagi,masih tidak berfungsi!Agak pelik jugak,kenapa Hishamuddin Othman diletakkan sebagai left wing?sedangkan dia lebih sesuai diposisi asal iaitu left back....hmmm ini mungkin experiment kot,al maklum la,Razip kan suka bereksperimen...Shafiq Johari diharap lebih efektif dibahagian tengah dengan hantaran-hantaran tepat untuk striker memandangkan dia antara pemain senior diposisi medfield.,begitu juga dengan Khairul Anuar Shafie.Manakala pemain pinjaman dari Felda,Azrul Azmi,bagi sy terlalu awal untk diperkatakan prestasinya,kena tunggu lagi 2 atau 3 perlawanan.Mohd Afiq Azmi,penyerang tinggi lampai,diharapkan lebih 'ganas,kreatif' la diposisi striker,jangan la asyik mati akal je bila main tu.Untuk Khairulanuar Jamil,pun sama seperti Azrul Azmi,terlalu awal untuk diperkatakan.
Pertemuan seterusnya ialah pada 14 Jan ni bertemu satu lagi pasukan yang kuat iaitu T-Team di Stadium Hang Jebat,Melaka.Bagi sy,seperti biasa,helang akan tersembam disisi penyu buat kali kedua berturut-turut sekiranya bermain seperti bertemu Sarawak.Razip Ismail perlu lah melakukan sesuatu,sekiranya ingin kekal dalam Liga Super.Bangkit Sang Helang,sy dan fans yang dahagakan kemenangan,janganlah sampai dah masuk pusingan kedua baru nak capai kemenangan buat kali pertama!