Monday 31 October 2011

Harapan Skuad KL Di Musim Depan.

Skuad Helang Kota,Skuad Warga Kota,Skuad Budak2 Kota...itulah antara beberapa nama 'manja' yg sering dilabelkan kepada skuad ini sejak ditubuhkan pada tahun 1974.Dulu dikenali sebagai Wilayah Persekutuan.Percapaian terbaik skuad KL seperti yg semua orang sedia maklum menjulang Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut2 pada tahun 1987,1988 dan 1989 serta juara berganda pada tahun 1988 adalah satu detik yg teramat indah buat semua warga kota ketika itu dan sekarang.Ucapan terima kasih buat bekas tuan presiden yg berkarisma,Tan Sri Elyas Omar yg memainkan peranan penting utk kemajuan bolasepak KL,dan sehingga sekarang masih belum menemui tokoh yg setaraf dgn beliau.Kini,ianya hanya satu sejarah yg tersurat dan masih menanti,menanti dan menanti bilakah sejarah baru akan tercipta?Tahun depan?Wallahualam.....Di musim 2011 ni,bg saya KL boleh dikatakan agak baik prestasinya walaupun kedudukkan liga agak buruk berbanding 2010 lalu.Di belenggu masalah kewangan yg sering mengganggu  skuad KL sejak sekian lamanya tidak membataskan perjuangan untuk terus kekal di kancah Liga Super.Untuk ini,sy tabik spring dan sanjung tinggi ke atas pemain2 yg bersikap profesional serta jurulatih yg telah menjalankan tugas dgn baik.Penglibatan beberapa pemain dalam skuad K.Rajagobal dan Ong Kim Swie jelas menunjukkan bahawa KL masih lagi mempunyai pemain2 yg berkaliber....Untuk musim 2012 nanti,adalah agak samar2 untuk sy katakan mungkin disebabkan kenyataan presiden KLFA,Datuk Astaman Aziz yg pernah memberi kenyataan di akhbar nasional(Berita Harian atau Harian Metro,sy tak pasti) bahawa KLFA mungkin pasukan negeri yg pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia akan menarik diri dari Liga M,sekiranya masalah kewangan tidak diselesaikan sebelum akhir tahun ini.Sebagai peminat/penyokong sejak tahun 1986 lagi,sy sgt sedih dgn kenyataan tersebut,tp sy percaya dgn kredibiliti pihak pengurusan boleh menyelesaikan masalah ini walaupun teruk di hentam oleh penyokong2 sendiri.Insyaallah,sy sendiri pun,dgn inisiatif terhadap pasukan tersayang,turut membuat sesuatu agar skuad KL terus terbang.Harapan sy agar KL masih ada lagi di musim depan,dan juga kalau boleh kekalkan pemain2 yg ada sekarang sebab mereka dah mula menunjukkan taring dan menarik minat pasukan luar.Sy rasa mungkin masalah gaji yg menjadi penghalang utk kebanyakkan pemain senior ini kekal,tp sy percaya dgn perancangan pihak pengurusan,kebijaksanna Datuk Astaman,sokongan Datuk Nong Chik dan kerjasama serta komitmen yg ditunjukkan oleh penyokong tegar dan ultras KL,segala kemusykilan akan di permudahkan....go KL go,fly KL HAWK fly.....

4 comments:

  1. admin...sanggup ke biarkan KL tak main SUPER LEAGUE???sampai bila kita nak biarkan management KLFA mcmtu je??Ahli exco ada 16org ada gelaran dato' bagai tp takkan sorg pun takleh dapatkan penaja atau pengaruh utk KL???admin nak biarkan mereka goyang kaki???ayuh bersatu KL HAWK & KLUltras kita bersuara...

    ReplyDelete
  2. semua yg ada di management KLFA nak pegang jawatan je. meeting jng harap la nak datang..tapi klau ada VIP............oh semua hadir..yg x pernah tengok pun pasti muncul.

    ReplyDelete
  3. Pihak admin akan cuba utk rapat dgn 'kepala' KLFA utk mencari apa masalah diorg ni.Ada sumber bgtau kat admin,kebanyakkan exco2 ni mmg totally negatif n tiada sumbangan terhadap bolasepak KL....exco2 ni tidak menepati slogan 'rakyat didahulu kan'.Apapun insyaallah,satu tindakan akan diambil nnti.

    ReplyDelete
  4. Akhirnya KL tetap main di Liga Super 2012...alhamdulilah...

    ReplyDelete