Thursday, 8 December 2011

Skuad Liga Super Kuala Lumpur 2012:

Senarai pemain yang akan membawa cabaran Skuad Helang dalam Liga Super 2012:

Penjaga Gol:
- Mohd Zahid Ahmad.
- Rozaimie Rohim (bebas).
- Amirul Abu Seman (dari skuad Johor).

Pertahanan:
- Ahmad Dashila Tajuddin.
- Ahmad Jihad Ismail.
- Arman Fareez Mohd Ali.
- Raimi Hassan (import dari Nigeria).
- Hishamuddin Othman (dari skuad Johor).
- Aslam Najumudeen (dari skuad PKNS).
- Aiman Syazwan Abdullah (dari skuad Harimau Muda B).
- Azrul Ahmad (dari skuad Felda United).

Tengah:
- Mohd Shafiq Johari.
- Khairul Anuar Shafie.
- Zameer Zainun (dari skuad PKNS).
- Hakim Adzhar (bebas).
- Hazwan Rahman (dari skuad KL Presiden)
- S.Sivaraj (dari skuad KL Presiden).

Penyerang:
- Badrulhisyam Azmi.
- Mohd Afiq Azmi.
- Ahmad Hazwan Bakri ***dipinjamkan ke skuad Harimau Muda A.
- Stanley Bernard Samuel (dari skuad Sabah).
- Fazuan Abdullah (dari skuad Polis).
- Khairul Anuar Jamil (dari skuad Felda United).

Ketua Jurulatih: Razip Ismail.
Penolong Jurulatih: Tang Siew Sing.

*** Ada beberapa pemain lagi yg akan ditentukan kemudian iaitu pemain tengah Pritam Singh (dari skuad CIMB Bank),Jacob Anderson (import dari Ghana) dan Mehdi Tagawa (import dari Tunisia).

Tuesday, 6 December 2011

Stanley Bernard Samuel...harapan dibarisan depan skuad Helang.

Stanley Bernard Stephen Samuel....nama yg begitu asing bagi peminat bolasepak Malaysia dan Kuala Lumpur,amnya,tetapi beliau bagi pandangan sy adalah seorang penyerang yg rajin dan berkualiti ketika di atas padang.Rasanya beliau adalah pemain Malaysia pertama yg bermain di Liga India bersama kelab Sporting Club De Goa,pada hujung tahun 2009.Walaupun Liga India tidak la sehebat EPL,namun ia sudah mencukupi untuk tahap seperti pemain Malaysia menimba pengalaman di pentas antarabangsa.Dikhabarkan,penghijrahan Stanley ke kelab di India adalah hasil usaha beliau sendiri yg pergi kesana untuk proses 'trial' dengan duit poket sendiri serta keyakinan yg tinggi untuk bermain disana tanpa pertolongan dari persatuan negeri mahu pun FAM!Syabas Stanley....anak jati Malaysia yg sentiasa ingin bermain dipentas antarabangsa.Beliau juga 'hampir' menjadi milik kelab Liga Indonesia,Persibo Bojonegoro,namun disebabkan tekanan dari penyokong kelab tersebut yg tak mahu Stanley berada dibumi Indonesia hanya kerana beliau anak jati Malaysia.Brengset Indon!!!
Stanley Bernard Stephen Samuel...namanya sentiasa diingatan saya setiap kali bermulanya musim baru dan sy pernah ber'sms' dengan pengurus Kuala Lumpur,supaya cepat sambar beliau,dan akhirnya tercapai jua apabila kelihatan kelibat beliau yg mengikuti latihan pra musim skuad Helang baru2 ni.Setiap kali beliau beraksi,dia mengingatkan saya kepada seorang lagi penyerang 'lagenda' KL,T.Gopinath Naidu.Ada persamaan permainan diaorang.Beliau mula mewakili skuad Helang pada tahun 2004 selama 5 tahun sehingga 2008.Pada tahun tersebut,beliau merupakan penjaring terbanyak dengan 5 gol didalam Piala Malaysia,namun sayang,skuad Helang tak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir.Pada tahun 2009,beliau mewakili UPB/My Team,seterusnya terbang ke India pada 2010,dan kembali ke Sabah pada tahun 2011.Mewakili skuad bawah 23 tahun Malaysia pada tahun 2009.
Harapan saya agar tersenarainya penyerang Stanley Bernard Stephen Samuel ke skuad Helang,memberi nafas baru untuk terus bersaing di Liga Super 2012.Serba sedikit memberi kelegaan setelah KL kehilangan ramai pemain tonggak utama yg berhijrah ke pasukan lain.Gandingan Stanley Bernard bersama seorang lagi penyerang senior KL,Badrulhisyam Azmi akan memberi impak yg maksimum dengan dibantu pemain import 'yg boleh tahan jugak' dari Cameroon,Anderson Jacob (jika terpilih).Insyaallah,KL akan bangkit dan memberi saingan sengit dan tak mustahil jika ada rezeki serta komitmen yg tinggi dari pemain,jurulatih serta pihak pengurusan,era emas 87,88 dan 89 akan kembali....go KL go...kamon Kolumpo kamon.

Monday, 5 December 2011

Persahabatan Pra-Musim...Tewas lagi....

 Perlawanan persahabatan sebelum sepak mula.KL 0 Joga Limpo 0.
 Sessi pemanas badan oleh pemain2 yg belum 'confirm' lagi.
 Antara barisan awal skuad KL yg diturunkan oleh coach Razip Ismail,.3 pemain import turut bermain iaitu Anderson Jacob(Cemeroon),Hassan Raimi(Nigeria) dan Robert Eshun(bekas pemain import Sarawak).Turut bermain,bekas penyerang KL,Stanley Bernard.
 Perlawanan sedang rancak berjalan,namun sayang dengan kualiti padang yg masih belum pulih dari 'kecederaan' yg kronik.Seperti biasa,KL mengalami masalah penyudah yg tumpul,barisan tengah yg kurang efektif serta pertahanan yg kucar kacir.Turut mengecewakan,2 penjaga gol yg turun mlm tu.
Keputusan penuh selepas perlawanan.

Thursday, 1 December 2011

Perlawanan persahabatan pra-musim 2012: K.Lumpur 0 Polis 3

Skuad KL telah mula menjalani perlawanan persahabatan pra-musim semalam (30 Nov),di Padang Pulapol,apabila tewas 0-3 kepada pasukan Polis.Perlawanan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti beberapa pemain yg sedang menjalani sessi pemilihan yg dirasakan sesuai untuk diserapkan ke skuad Liga Super KL 2012.Antara bekas2 pemain KL yg kelihatan ialah penyerang yg pernah bermain di Liga India,Stanley Bernard,pemain pertahanan,Jeremy Matthew Danker,pemain tengah,Hishamuudin Othman dan Ihsan Ibrahim Daud.Pemain2 musim ini yg masih setia turut berada dalam skuad pemilihan adalah seperti berikut: Mohd Zahid Ahmad (GK),Ahmad Jihad Ismail,Arman Fareez Ali,Ahmad Dashila Tajuddin,Kamarulzaman Mahamud (DEF),Mohamad Shafiq Johari,Khairul Anuar Shafie,Syazmin Firdaus Aminuddin (MED),Badrulhisham Azmi,Mohd Afiq Azmi,Azmi Sarmin (FWD).
Perlawanan persahabatan pra-musim seterusnya adalah seperti berikut:

KL  vs Joga Limpo FC (Brazil)
3 Dec (Sabtu)
KLFA Stadium,8.45 pm. (*Tiket RM20 :))


KL vs  Johor FC
4 Dec (Ahad)
Pusat Latihan Taman Melati,Setapak,KL,5 pm.

Thursday, 17 November 2011

Skuad Piala Presiden 2012.

Sessi pemilihan pemain untuk skuad Piala Presiden KL akan dijalankan pada 20 November 2011 (Ahad) akan berlangsung di Kompleks Sukan Kampung Pandan,bermula jam 8 pagi.Kelayakan umur rasanya tidak melebihi 20 tahun.Ayuh anak2 muda KL,sekiranya anda rasa anda patut berada didalam skuad dan ingin menjadi seperti Yong Kuong Yong,sahut lah cabaran ini.....jumpa disana....